Ramadan datang lagi, 2012, perasaanku berbaur, bercampur-campur, yang pastinya, aku akan berpantang pada masa itu. Alhamdulillah, atas kurniaan Mu Ya Allah, seorang puteri akhirnya. Selepas tiga putera, aku pun tidaklah mengharap sangat, bagi ku putera ke puteri, ianya satu amanah dan tanggungjawab buatku dan suamiku. Mudah-mudahan, Allah memberiku kekuatan untuk menjadi ibu yang lembut dan baik kepada anak-anaknya.